Zakat Pendapatan

Zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Bayar →

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.

Bayar →

Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran, Surah Al-Baqarah (2): 267.

bayar →

Zakat Emas

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.

bayar →

Zakat Perak

Zakat yang dikenakan ke atas perak termasuklah yang berbentuk: Syiling perak, Jongkong perak, Perkakasan dibuat daripada perak, Barang perhiasan dibuat daripada perak dan Barang kemas perak dan sebagainya

bayar →

Zakat KWSP

Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya) kerana konsepnya sama seperti wang simpanan.

bayar →

Zakat Wang Simpanan

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

bayar →

Zakat Padi

Zakat padi adalah zakat tanaman (makanan asasi) yang jatuh pada kategori tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah, maka zakatnya sepersepuluh (10%).

bayar →

Zakat Ternakan

Zakat ternakan hanya diwajibkan apabila bilangan ternakan mencapai bilangan dan syarat tertentu yang telah ditetapkan.

bayar →

Zakat Galian

Zakat harta yang ditemui tertanam di muka bumi, sama ada harta buatan manusia (barangan emas, perak dan seumpamanya), atau hasil galian (hasil bumi; bijih timah, emas dan seumpamanya).

bayar →

Zakat Fitrah

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

bayar →